Tuesday, July 28, 2009

PROGRAM PAS KDAS3 BERSAMA PEMUDA....

Posted on/at 5:50 PM by PEMUDA PAS KDAS TIGA IPOH






program yang telah dijalankan bersama-sama pemuda pas kdas 3, antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan termasuk solat berjemaah, ceramah agama, gusti lengan, tarik tali, BBQ, dan sesi santai...program yang telah diadakan selama 2 hari 1 malam yang bertempat di ulu groh, sg itik, gopeng telah mendapat sambutan yang baik daripada pemuda-pemuda. program ini adalah bertujuan untuk menarik pemuda-pemuda khususnya pemuda kdas3 untuk mengenali perjuangan islam dan memberikan kejelekitan ukhwah yang terjalin dengan pengisian yang agak santai dan sesuai untuk para pemuda....program ini telah dianjurkan oleh En Tanzizi bersama pengerusi pemuda pas kdas3 iaitu saudara Ajlan dan saudara Shamhan...

Friday, July 24, 2009

islam kita islam atas nama.....

Posted on/at 11:50 PM by PEMUDA PAS KDAS TIGA IPOH


hari ni pemuda berada dalam masjid dengar khutbah jumaat, khatib yang baca khutbah juga bukan calang-calang orangnya, hampir semua yang dikhutbahnya x ikut kertas semata-mata, ianya lebih kepada kefahaman dan pemerhatian. yang ditibainya adalah budak2 terpelajar, memang semua tercengang, ada yang terlelap terus terjaga x kurang ada yang terngaga, pemuda ingat kata2 khatib tentang sikap pemuda-pemuda yang sebahagian besarnya terdiri daripada budak2 terpelajar, yang masih menajadi tanda tanya dihati pemuda adalah hasil dapatan kajian yang dibuat di sebuah IPTA tentang hubungan seks sebelum kahwin dan dapatan yang diperolehi daripada 800 responden adalah 799 daripadanya telah melakukan hubungan seks sebelum kawin dan semuanya adalah terdiri daripada bangsa kita dan malu bagi pemuda untuk mengatakan bahawa mereka adalah islam kerana khatib juga ada menegaskan bahawa umat sekarang ini adalah terdiri daripada islam atas nama dalam surat beranak tapi bukan islam secara konseptualnya. bukan nak kata ipta lain tempat yang pemuda belajar sekarang pun x kurang hebat juga dan kadangkala perkara ni dah menjadi perkara biasa, pelajar tak takut dengan apa yang mereka lakukan, cuma pemuda harap perkara tersebut tidak berlaku pada diri pemuda juga keturunan pemuda, kata-kata terakhir khatib adalah tidak menghormati apa yang dibawa dalam islam sebaliknya kita menentang dan cuba membawa fahaman lain dalam hidup kita.....